Gambaran Menyeluruh Jurutera_perisian

Sebelum pertengahan 1960-an, pengamal perisian mengelar diri mereka sendiri sebagai pengaturcara komputer atau pembangun perisian, tanpa mengira kerja hakiki mereka. Ramai orang lebih suka menyebut diri mereka pemaju perisian dan pengaturcara, kerana ramai yang bersetuju mengenai maknanya, sementara istilah jurutera perisian masih diperdebatkan.

Istilah pengaturcara sering digunakan sebagai istilah merendahkan untuk merujuk kepada mereka yang tidak memiliki peralatan, kemahiran, pendidikan, atau etika untuk menulis perisian yang berkualiti. Sebagai tindak balas, ramai pengamal menyebut diri mereka jurutera perisian untuk mengelakkan dari stigma yang melekat pada perkataan pengaturcara. Dalam banyak syarikat, gelaran pengaturcara dan pemaju perisian telah ditukar kepada jurutera perisian, untuk banyak kategori pengaturcaraan.

Istilah ini menyebabkan kekeliruan, karena sesetengah pihak menafikan sebarang perbezaan (dengan alasan bahawa semua orang pada dasarnya melakukan perkara yang sama dengan perisian) manakala yang lain menggunakan istilah tersebut untuk membezakan (dengan alasan istilah tersebut memiliki maksud tugasan yang berbeza sama sekali).